Dato Azhar Mansor Pelayar Melayu Boleh Pertama mengelilingi Dunia

Dato’ Azhar Mansor, seorang rakyat Malaysia merupakan seorang pelayar solo yang telah berjaya belayar ke seluruh perairan dunia.
Ada desas desus yang disebarkan melalui SMS yang tersebar luas di Malaysia dimana dia telah memeluk agama kristian dan tinggal di Australia. Walau bagaimanapun, kenyataan ini adalah salah sama sekali dan masih lagi ditugaskan di Telaga Harbour Park di Langkawi. Beliau berulang-ulang kali menyangkal kenyataan bahawa dia telah memeluk agama kristian pada 10 November 2006.

Pelayaran yang mengambil masa selama 104 hari pada tahun 1999 dengan pelbagai dugaan dan rintangan, tetapi dengan tekad Malaysia Boleh Beliau telah berjaya mengatasinya dengan penuh tabah bersama kapal layarnya yang dinamakan Jalur Gemilang.

Datuk azhar Mansor telah berjaya mencipta rekod baru melalui laluan Eastabout yang tidak pernah dilalui oleh sesiapa pun sebelum ini mahupun pelayar terkenal dunia tetapi Datuk Azhar telah membuktikan keberaniannya dengan semangat Melayu Boleh / Malaysia Boleh dan telah diiktiraf oleh WSSRC (World Speed Sailing Record Council) sebagai rekod rasmi.

Beliau adalah salah seorang dari beberapa orang di dunia ini belayar mengelilingi dunia secara solo tanpa henti and merupakan orang pertama Asia yang melakukannya selain daripada Jepun. Kurang daripada 150 orang sahaja yang berjaya melakukannya dan beliau telah diiktiraf dalam dunia pelayaran dan meletakkan Negara Malaysia setaraf dengan negara barat yang lain di dalam dunia pelayaran.
Kini, beliau mengusahakan Telaga Harbour Park di Langkawi. Ia merupakan salah satu marina yang terbaik di Malaysia.

Pictures are all courtesy of
http://asianyachting.com/Archive/azhar.htm
http://www.pnm.gov.my/yangpertama/Sohor_Azhar_PHOTO.htm
http://mahaguru58.blogspot.com/2007/08/azhar-mansor-can-stop-all-gossips-as.html
Source (translation):
Wikipedia










Discussion
What do you think? Leave a comment. Alternatively, write a post on your own weblog; this blog accepts trackbacks [trackback url].
Leave a Reply